AL-SUNNAH MENYATAKAN SEBAB DAN HIKMAH HUKUM

Antara tugas utama Rasulullah s.a.w. ialah menyampaikan wahyu yang diterima daripada Allah dan menjelaskannya kepada ummat.



وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ



Dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. (Surah al-Nahl: 44)



Seperti mana al-Qur`an menyatakan sebab hukum (‘illah), al-Sunnah juga menerangkan maksud sesuatu hukum disyariatkan.



Sunnah menyatakan amalan hanya diakui apabila disertakan dengan niat yang ikhlas.



عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ



Daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya amalan itu dikira dengan niat, setiap orang akan memperolehi apa yang diniatkannya. Oleh itu sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya, sesiapa yang hijrahnya untuk dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dinikahinya, hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan. (hadis riwayat al-Bukhari: 1 dan Muslim: 1907)



Perkara yang menjadi ukuran kepada amalan seseorang ialah niat. Ia merupakan pencetus dan pendorong kepada amalan seseorang. Berdasarkan kepada niat, amalan dikira baik, terpuji, buruk dan tercela.



Tujuan Didirikan Sembahyang Supaya Setiap Hamba Mengingati Allah S.W.T.



عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَقَدَ أَحَدُكُمْ عَنْ الصَّلَاةِ أَوْ غَفَلَ عَنْهَا فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَقُولُ أَقِمْ الصَّلَاةَ لِذِكْرَى



Daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah s.a.w. bersbada: “Apabilah salah seorang dari kamu tidur sehingga tertinggal sembahyang atau terlampau leka maka hendaklah dia mengerjakannya apabila dia mengingatinya kerana Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku. [Surah Taha: 14]. (Muslim: 684)



Rahsia Kelebihan Sembahyang Berjemaah



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةُ أَحَدِكُمْ فِي جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي سُوقِهِ وَبَيْتِهِ بِضْعًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً وَذَلِكَ بِأَنَّهُ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ لَا يُرِيدُ إِلَّا الصَّلَاةَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ لَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلَّا رُفِعَ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حُطَّتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ وَالْمَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ الَّذِي يُصَلِّي فِيهِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ وَقَالَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا كَانَتْ الصَّلَاةُ تَحْبِسُهُ



Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sembahyang seseorang itu dalam satu jemaah melebihi sembahyang di pasarnya dan di rumahnya dengan lebih daripada dua puluh darjat. Itu disebabkan apabila dia berwuduk dengan sempurna kemudian pergi ke masjid, dia tidak pergi melainkan kerana sembahyang, tidak menggerakkannya melainkan kerana sembahyang, tidak melangkahi walaupun satu langkah melainkan diangkat untuknya satu darjat atau dihapuskan satu kesalahan dan para malaikat mendoakan salah seorang daripada kamu selagi dia berada di tempat sembahyangnya, Ya Allah berilah kesejahteraan untuknya, Ya Allah rahmatilahnya, selagi dia tidak berhadas, selagi dia tidak menyakiti (ya’ni menyakiti malaikat dengan hadas). Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu dikira sebagai bersembahyang selagi sembahyang menahannya. (ya’ni penantiannya untuk sembahyang yang lain dikira sembahyang juga.) (al-Bukhari: 647, Muslim: 649)



Sebab Tidak Semua Ilmu Sesuai Disebarkan



عَنْ أَنَس بْن مَالِكٍ قَالَ ذُكِرَ لِي أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ مَنْ لَقِيَ اللَّهَ لا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ قَالَ أَلا أُبَشِّرُ النَّاسَ قَالَ لا إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَتَّكِلُوا



Daripada Anas bin Malik katanya: Disebutkan kepadaku, bahawa Nabi s.a.w. berkata kepada Muaz bin Jabal: “Sesiapa yang menemui Allah dengan tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu, dia akan masuk syurga. Kata Muaz: “Bolehkah saya menyampaikan berita gembira ini kepada orang ramai?” Nabi s.a.w bersabda: “Jangan, saya takut mereka akan berpada (dengan ucapan itu sahaja)”. (al-Bukhari: 129, Muslim: 32)



Larangan ini disebabkan kemungkinan ada di kalangan umat Islam yang belum mantap imannya dan masih cetek ilmu akan menyangka ucapan tersebut sudah memadai lalu mereka hanya bergantung dengannya tanpa melakukan amalan fardu dan sunnat yang lain. Ini tentu sekali akan mendatangkan kemudaratan dan fitnah kepada mereka. Oleh sebab itu, terdapat larangan supaya tidak mengumumkan berita gembira tersebut.



Sehubungan dengan ini, Ibn Mas’ud berkata:



مَا أَنْتَ بِمُحَدِّثٍ قَوْمًا حَدِيثًا لَا تَبْلُغُهُ عُقُولُهُمْ إِلَّا كَانَ لِبَعْضِهِمْ فِتْنَةً



“Tidaklah engkau menceritakan kepada satu kumpulan satu hadis yang tidak difahami oleh akal mereka melainkan akan mencetuskan fitnah kepada sebilangan mereka.” (Muslim dalam Muqaddimah Sahihnya)



Larangan Mengahwini Ibu Saudara Isteri



عن بن عباس، قال: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن تزوج المرأة على العمة والخالة قال: " إِنَّكُنَّ إِذَا فَعَلْتُنَّ ذَلِكَ قَطَّعْتُنَّ أَرَحَامَكُنَّ"



Daripada Ibn ‘Abbas katanya: “Rasulullah s.a.w. melarang seorang perempuan dikahwini dalam keadaan ibu saudaranya dari sebelah bapa atau sebelah ibu telahpun dikahwini.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya jika kamu melakukannya kamu telah memutuskan tali persaudaraan sesama kamu.” (Ibn Hibban)



Perintah Supaya Meminta Izin



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ



Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). (Surah al-Nur: 27)



Rasulullah s.a.w. menjelaskan makna ‘lebih baik bagi kamu’ dengan hadisnya:



عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا جُعِلَ الِاسْتِئْذَانُ مِنْ أَجْلِ الْبَصَرِ



Daripada Sahl bin Sa’d katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya meminta izin itu ditentukan kerana pandangan. (al-Bukhari: 6241 dan Muslim: 2156)



Hukum meminta izin disyariatkan supaya seseorang itu tidak terpandang sesuatu yang tidak disukai oleh penghuni rumah apatah lagi sedia dimaklumi bahawa tidak harus memandang kepada aurat mereka.



Larangan Menyimpan Daging Korban Melebihi Tiga Hari



Pada peringkat awal Rasulullah s.a.w. melarang menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari kerana rombongan yang datang ke Madinah pada hari raya Haji. Kemudian daripada itu, baginda mengharuskan menyimpan daging tersebut. Berdasarkan kepada beberapa riwayat, larangan tersebut mempunyai sebab dan suasana tersendiri yang menghendaki demikian.



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ وَاقِدٍ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ لُحُومِ الضَّحَايَا بَعْدَ ثَلَاثٍ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِعَمْرَةَ فَقَالَتْ صَدَقَ سَمِعْتُ عَائِشَةَ تَقُولُ دَفَّ أَهْلُ أَبْيَاتٍ مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ حَضْرَةَ الْأَضْحَى زَمَنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ادَّخِرُوا ثَلَاثًا ثُمَّ تَصَدَّقُوا بِمَا بَقِيَ فَلَمَّا كَانَ بَعْدَ ذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ النَّاسَ يَتَّخِذُونَ الْأَسْقِيَةَ مِنْ ضَحَايَاهُمْ وَيَجْمُلُونَ مِنْهَا الْوَدَكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَا ذَاكَ قَالُوا نَهَيْتَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الضَّحَايَا بَعْدَ ثَلَاثٍ فَقَالَ إِنَّمَا نَهَيْتُكُمْ مِنْ أَجْلِ الدَّافَّةِ الَّتِي دَفَّتْ فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا



Daripada ‘Abdullah bin Waqid katanya Rasulullah s.a.w. melarang daripada makan daging korban selepas daripada tiga hari. ‘Abdullah bin Abi Bakr berkata: “Lalu saya menyebutkan perkara tersebut kepada ‘Amrah. Beliau berkata: “ ‘Abdullah benar. Saya dengar ‘A`ishah berkata: “Rombongan dari pendalaman telah datang pada hari Raya Haji di zaman Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: “Simpanlah (ya’ni makanlah daging korban itu) untuk tiga hari kemudian bersedekalah dengan yang baki.” Selepas itu para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, orang ramai menjadikan bekas air daripada kulit binatang korban dan mereka mencairkan lemak daripadanya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apa halnya?” Para sahabat berkata: “Dahulu tuan melarang memakan daging korban selepas tiga hari.” Baginda bersabda: “Sebenarnya dahulu aku melarang kamu kerana rombongan yang datang. Maka sekarang kamu boleh memakannya, menyimpannya dan bersedekah dengannya. (Muslim: 1971, Abu Dawud: 2812, al-Nasa`i: 4433)



Daging tersebut hendaklah dibahagikan dan disedekah untuk mereka supaya semua mendapat faedah daripadanya. Mereka itu tetamu Allah yang datang dari pendalaman semata-mata untuk menemui Rasulullah s.a.w.



Galakan Berkahwin



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ



Diriwayatkan daripada Abdullah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami: “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mampu menyediakan perbelanjaan perkahwinan maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya itu lebih menahan pandangan (daripada melihat wanita) dan lebih menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat menundukkan nafsunya. (al-Bukhari: 1905, Muslim: 1400)



Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menegaskan sebab dan faedah daripada perkahwinan. Selain itu baginda juga menyatakan puasa itu berperanan untuk melindungi pemuda yang belum berkahwin daripada terlibat dalam maksiat.



Wasiat Tidak Boleh Melebihi Satu Pertiga Harta



عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي وَأَنَا بِمَكَّةَ وَهُوَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرَ مِنْهَا قَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ ابْنَ عَفْرَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ وَإِنَّكَ مَهْمَا أَنْفَقْتَ مِنْ نَفَقَةٍ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ حَتَّى اللُّقْمَةُ الَّتِي تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ



Daripada Sa’d bin Abi Waqqas, katanya Rasulullah s.a.w. datang menziarahi saya sakit ketika di Mekah, dan baginda tidak suka meninggal dunia di negeri yang ditinggalkannya kerana hijrah. Baginda bersabda: “Semoga Allah merahmati anda, wahai Ibn Afra`. Saya bertanya: “Bolehkah saya mewasiatkan kesemua harta saya?” Baginda menjawab: “Tidak boleh.” Saya bertanya lagi: “Separuh?” Baginda menjawab: “Tidak boleh.” Saya bertanya lagi: “Satu pertiga?” Baginda menjawab: “Satu pertiga itu banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli waris kamu dalam keadaan berharta itu lebih baik daripada membiarkan mereka miskin menadah tangan kepada orang ramai. Sesungguhnya apa sahaja yang kamu membelanjakan sebagai nafkah (keluarga) maka ia menjadi sedekah termasuklah suapan yang kamu berikan kepada isterimu.” (al-Bukhari: 2742, Muslim: 1628)



Rasulullah s.a.w. membetulkan pandangan Sa’d bahawa sedekah kepada orang yang berada di bawah tanggungan juga mendatangkan pahala dan ia mengatasi yang lain. Di samping itu, baginda mengingatkan akibat buruk sekiranya sedekah itu diberikan secara berlebihan tanpa mengambil kira beberapa perkara lain yang penting. Baginda juga memberi panduan dan bimbingan cara-cara memperolehi pahala selain dengan bersedekah iaitu dengan meninggalkan harta untuk ahli keluarga sebagai harta pusaka.

www.darulkautsar.net

Ulasan