Khamis, 18 Ogos 2011

Perbezaan antara usul fiqh dan qawaid fiqh


1. usul fiqh merupakan ilmu tentang kaedah mengeluarkan hukum syara’ daripada dalil-dalinya seperti al-Qur`an, al-Sunnah, ijma, qiyas, istislah, istihsan dan sebagainya.
Qawaid fiqh membincangkan hukum fiqh itu sendiri berdasarkan kepada kaedah yang dikumpulkan daripada hukum-hukumn yang mempunyai persamaan dari sudut yang tertentu. Seperti kaedah tentang niat, syak, mudarat, adat, rukhsah dan sebagainya.
2. Dari segi punca dan tempat ambilan, usul fiqh berpunca dari perbahasan lafaz-lafaz2 dalam Arab, nahu, saraf, balaghah. Kaedah ini diperolehi secra istiqra` atau induktif terhadap teks-teks Arab, syaor dan khutbah. Sedangkan qawaid fiqh diperolehi daripada hukum syara yang lima, fatwa-fatwa dan masalah-masalah fiqh.
3. Kaedah-kaedah dalam usul fiqh lebih khusus kepada ahli ijtihad dan ahli fatwa dalam usahanya untuk menyimpulkan hukum syara’ dari dalil-dalinya, begitu juga dalam menyelesaikan hukum masalah yangtidak disebutkan hukumnya dalam dalil-dali muktabar dan permasalahan baru (nawazil).
Qawaid fiqh pula lebih khusus dengan ahli fiqh atau pelajar yang menjadikannya rujukan untuk mengetahui hukum-hukum furu’ sebagai alternative kepada merujuk bab-bab yang berselerakan.
Sifat kaedah usul fiqh adalah umum dan menyeluruh manakala qawaid fiqh mempunyai juga pengecualian oleh sebab itu ia disebutkan juga sebagai kaedah aghlabiyyah yakni kaedah kebanyakan bukan umum kulli.
Wa Allah A’lam.

Tiada ulasan: